Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia
'Perjuangan Pendidikan Bumiputera'
Merupakan persatuan nasional tunggal yang mewakili kepentingan usahawan-usahawan pendidikan Bumiputera selain memperjuangkan hak serta peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak bangsa. Sebagai sebuah persatuan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (PPM-002-14-12092000) sejak tahun 2000, peranan PKIBM diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi, jabatan serta agensi kerajaan berkaitan selain memainkan peranan berkesan dalam menjayakan agenda pendidikan Bumiputera.
Ketika ini PKIBM dianggotai 54 buah institusi pengajian tinggi swasta bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang menawarkan pelbagai program pengajian berkualiti, setanding institusi pengajian tinggi awam dan IPTS bukan milikan Bumiputera. Klik di sini untuk senarai penuh Keahlian PKIBM
Terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi swasta bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti milikan Bumiputera dengan Naib Canselor/ Ketua Eksekutif merupakan seorang Bumiputera. Klik di sini untuk menghubungi Sekretariat PKIBM bagi maklumat lanjut.