Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia
1. Bagi menyempurnakan Fasal 15.2 Perlembagaan PKIBM, proses pemilihan kepimpinan bagi sesi 2026-2029 akan dilaksanakan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2022 kali ini. Ia melibatkan jawatan-jawatan seperti berikut:
• Presiden
• Timbalan Presiden
• Naib Presiden 1
• Naib Presiden 2
• Setiausaha Agung
• Timbalan Setiausaha Agung
• Bendahari Agung
• Timbalan Bendahari Agung; dan
• Ahli Majlis Eksekutif 1
• Ahli Majlis Eksekutif 2
• Ahli Majlis Eksekutif 3
• Pemeriksa Kira-kira 1
• Pemeriksa Kira-kira 2
2. Berikutan semakan Perlembagaan PKIBM (Fasal 15.10) yang diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2021 sebelum ini, proses pemilihan kepimpinan setiap tiga tahun sekali ini akan dijalankan secara undi sulit sepenuhnya iaitu menggunakan kertas undi.
3. Sehubungan itu, Sekretariat PKIBM selaku Ketua Jawatankuasa Pemilihan telah menyediakan Borang Pencalonan yang perlu diisi oleh mana-mana ahli yang berhasrat menyertai pemilihan kali ini.
4. Borang Pencalonan boleh dimuat turun melalui pautan ini dan dicetak. Setiap calon hanya perlu mengemukakan seorang pencadang dan seorang penyokong.
5. Pencadang perlu mengisi dan menurunkan tandatangan dan cap rasmi (jawatan/ IPT). Dalam proses ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap pencadang untuk mendapatkan seorang penyokong seterusnya memaklumkan mengenai cadangan tersebut. Pencadang juga mesti memaklumkan secara jelas kepada calon yang dicadangkan mengenai pencalonan tersebut.
6. Adalah menjadi tanggungjawab setiap calon yang dicadangkan/ bertanding untuk mendapatkan kebenaran/ kelulusan daripada pemilik/ pihak pengurusan IPT masing-masing bagi memegang jawatan berkenaan sepanjang penggal 2026-2029 sekira terpilih.
7. Melalui Borang Pencalonan, setiap ahli yang dicalonkan hanya layak bertanding SATU jawatan sahaja.
8. Borang Pencalonan yang siap diisi oleh pencadang boleh dimuatnaik semula melalui pautan tertera di bawah PKIBM selewat-lewatnya jam 5 petang, 17 Apri 2026.
9. Selepas tempoh pencalonan ditutup, pihak Sekretariat PKIBM akan menghubungi semua calon yang dicalonkan bagi mendapatkan persetujuan pencalonan dan pengesahan akhir sebelum senarai nama calon yang layak dipaparkan kepada semua ahli bermula jam 8 pagi, 21 April 2026 di https://bit.ly/pemilihanPKIBM. Hanya nama calon yang bersetuju dicalonkan akan dipaparkan.
10. Nama-nama calon akan dicetak dalam kertas undi dan proses pengundian sulit melalui peti undi akan dilaksanakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
11. Dua petugas akan dilantik sebagai pemeriksa/ pengira kertas undi bagi membantu proses penjumlahan. Sekiranya perlu, seorang wakil setiap calon dibenarkan menghadiri proses ini.
12. Sekira mana-mana jawatan tidak menerima sebarang pencalonan sehingga 5 petang, 17 April 2026, pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuka pencalonan secara lisan semasa proses pemilihan berlangsung. Proses pengundian bagaimanapun kekal menggunakan kaedah undi sulit.
13. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Sekretariat PKIBM, Encik Ahmad Syakir Sazili melalui talian 019-278 8427.